Kaparinyo (album Noraniza Idris)
Kaparinyo (album Noraniza Idris)

Kaparinyo (album Noraniza Idris)

Kaparinyo merupakan album solo studio pertama penyanyi remaja yang kini dikenali sebagai Ratu Pop Tradisional iaitu Noraniza Idris. Sebelum album ini, Noraniza ditampilkan dalam album Melayu Deli. Album berkonsepkan Melayu Klasik ini menampilkan Noraniza sebagai penyanyi lagu-lagu saduran petikan daripada filem Melayu lama sekaligus menyaksikan kemampuan Noraniza menyanyikan pelbagai genre muzik Melayu dari ghazal ke irama joget dan asli. Album ini disifatkan sebagai platform pertama bintang ini untuk menanamkan jatidiri dan minat dalam seni warisan muzik Melayu serantau yang mana ia dibuktikan menerusi siri album-album studionya selepas itu. Noraniza mempopularkan semula lagu Bulan Ditutup Awan selain buat pertama kali bergandingan bersama sifunya, Abdullah Chik. Gandingan serasi Noraniza bersama penyanyi veteran itu disambung menerusi penerbitan album Lagu-lagu dari Filem dan Kenangan Lama yang diterbitkan sebanyak 9 volume pada awal 90an. Lagu Kaparinyo pernah dinyanyikan semula sejak tahun 1960-an oleh penyanyi popular Indonesia yang berasal dari Sumatera Barat iaitu Oslan Husein[perlu rujukan] dan Elly Kasim[perlu rujukan]. Ia dinyanyikan ulang oleh penyanyi popular Siti Nurhaliza dalam album Cindai (1997).

Kaparinyo (album Noraniza Idris)

Dikeluarkan pada 1986
Penerbit Omar Taib
Genre Etnik, Melayu Klasik
Syarikat Life Records